Tuesday, 19 August 2014

HIMPUNAN KISAH INI

    Ikhlasnya hatiku menghulur ukhwah kepadamu, ingin ku menyayangi atas dasar persahabatan antara kita, kerna ku tahu akhir kisah ini menyakitkan namum engkau menolak niat suciku...katamu, "kau tak mahu menjadi tamanku, kau ingin lebih daripada itu."
kau rayu hatiku, kau minta cintaku dan kau genggam hatiku untuk terus menurut pada katamu..
Kerna percaya pada diri dan cintamu, ku persembahkan setiaku hanya untukmu, ku hadiahkan hatiku buatmu dan ku ikhlaskan cintaku hanya untuk dirimu.


   Namun belum cukup setahun setahun kau hancurkan segalanya atas alasan kau tidak sanggup hidup berjauhan dariku. Terlalu tinggi tintahmu kasih hingga aku terasa berat menunaikannya...dirimu tidak ubah seperti sang ratu meminta pengawalnya melaksanakan tugas.
Tak kala kaki ingin ku ayunkan jauh darimu kerna tidak ingin kau terus terluka, sekali lagi  kau rayu  raga ini, hati ini agar terus setia kepadamu. ingin ku keraskan hati agar tidak lembut pada rayuanmu. Aduhai kasih lembut pujukan tangis esakmu melemahkan seluruh jasad ini hingga  akal dan hatiku tidak lagi sehaluan.

  
   25/11/2009 hari terakhir ku mrlihat dirimu, terakhir ku memeluk tubuhmu, terakhir kau menciumku dan terakhir juga ku menatap wajahmu. Ku kira, ku akan mampu lagi memeluk kembali dalam penantianku namun segalanya hanya mimpi dan hayalanku saat engkau mengucapkan perpisahan ( 27/02/2010). Tahukah engkau setiap butir bicara kata putusmu itu kau telah menghentikan degup jantung ini berdenyut. Ku sabarkan hati untuk tetap menantimu walau engkau telah memintaku melupakanmu...hati yang terluka dan merindu tidak akan pernah ingin mengerti perubahan dirimu....bagi hatiku, kau masih seperti dulu kekasih, teman hidupku dan segalanya bagiku.

   Bermacam ragam manusia cuba mencuit hati ini namun hanya padamu ia menanti. Berulang kali ku bawa ia  pergi jauh darimu tapi  hati ini tetap ingin menuju kearahmu. Aku sedar apa yang berlaku tidak lagi seperti dulu kerana itu juga ku jauhkan jasad ini darimu agar hati ini tidak dapat menyentuhmu lagi. Semakin lama hati menanti semakin parah dan teruk ia terluka oleh mu sehingga saat ini ia  masih tidak ingin berkasih lagi. Kasih maafkan aku jika aku tidak mampu menantimu lagi...mungkin sudah  sampai saatnya untukku pergi kerna mungkin hati ini  telah mati dalam penantian dan maafkan aku juga  kerna terlalu sangat  terlanjur mencintaimu walau kau tak mungkin ku miliki tapi aku ingin kau tahu aku kan selalu mencintaimu juu walau aku milik insan lain nanti.


   Terlahir ke dunia bersama 1001 tanggungjawap sejak kecil terikat pada janji antara 2 keluarga dalam menanti cinta sejati, terjatuh pada sang ratu menggongcangkan kota sepi hatiku. Hidup penuh batasan , adat, dan tanggungjawap memaksa diri  memendam segala rasa biar mati dalam penantian dan kerinduaan kerna percaya satu hari sang kekasih akan kembali...dalam terhempit oleh janji yang telah terpatri antara 2 keluarga. Hati kian membeku, paksaan demi  paksaan kian merobek serpihan hati yang terluka kerna insan-insan tersayang kini tetap tidak pernah mendengar rintihan hati ini...Hanya  mampu berserah semoga ada keajaiban di masa akan datang. Dalam gembira hatiku tersiksa. ( gembira kerna mengembirakan keluarga, tersiksa kerna melepaskan kenangan itu..melukakan hati insan lain dalam perkahwinan ini ).

    Setiap kisah pasti ada kejutan yang tidak disangkah. Begitu jua kisah ini. Ku sangkah perkahwinan ku akan berbuah bahagia seperti insan lain. bercinta dalam perkahwinan kerna ku dikhabarkan pilihan keluarga cukup baik...indah khabar dari rupa,,,agaknye memang seperti ini semua insan yang ku temui( takdir kot). Entah ayat apa yang perlu ku katakan agar mereka mengerti...tapi mungkin itu silapku juga sebab tidak ambil tahu soal kisah silamnya..
itu adalah masa lalu padaku..dan dari itu ku mula belajar mencintai dia. Namun jalanku bersamanya tidak seiring entah di mana silapnya....yang pasti dia juga ada kekasih. berkongsi kasih cukup ku tidak ingini..lantas ku memilih membiarkan dia membuat pilihan. dan aku teruskan penantian ini bezanya siapalah yang berjaya memikat hati ini kembali itulah akan ku pilih. Syaratnye, tidak perlu ada yang ke-2 lagi dalam hidup, cukup hanya aku dan kau dia tidak di perlukan.

     Dalam penantian ku mainkan segala rasa untuk mengisi masa lapangku, yang pasti hidupku penuh dengan kerja untuk menebalkan dompetku agar aku mudah untuk enjoy, berfoya-foya dan bercuti. Padaku cinta tiada erti lagi, hanya manis di bibir sahaja, hanya permainan hormon dalam badan sahaja...bila sampai saatnye itu hanya persaan dan sandiwara belaka.
Back to normal life,..,...working....working....and working again. Bagiku juga perkahwinan itu hanya 1 mimpi dalam tidurku di malam hari dan kekasihku telah lama pergi menghadap ILLAHI, yang ada hari ini hanyalah jasad seorang kekasih yang telah kehilangan kekasih.


# cinta tak kan terpisah andai saling setia #


---rahsia hati marmil---
 

No comments:

Post a Comment

SEPINTAS KATA

Aku abadikan di sini buat tatapan di masa akan datang lagi..